Showing posts with label jalan sabah. Show all posts
Showing posts with label jalan sabah. Show all posts

Thursday, January 12, 2017

UNTUK SABAH ATAU UNTUK JAWATAN?


APA YANG DIKEJAR? ADAKAH MAU UBAH? MAU BALAS DENDAM? MAU JAWATAN? MAU PANGKAT? MAU KEDUDUKAN DAN KEISTIMEWAAN? DAN APA PULA YANG RAKYAT SABAH MAHUKAN SEBAIK TAMAT PILIHANRAYA KE-13 LALU? 


Persoalan ini tentunya masih berkumandang ditelinga kita rakyat Sabah. Akibat pertembungan sesama sendiri dikalangan Parti-parti Politik Pembangkang telah dengan mudah dipergunakan oleh Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO mempertahankan kedudukan mereka di Sabah meskipun jumlah pembangkang meningkat dari 3 orang (SAPP 2 & DAP 1) kepada 12 orang (Star 1, DAP 4 dan PKR 7). Tapi senarionya tetap sama, BN kembali memerintah dan kita kena menunggu lagi 5 tahun untuk melangsaikan perjuangan yang belum kunjung selesai.



Seorang pemimpin Veteren dan pejuang Suhakam Tan Sri Simon Sipaun,  berkata Pembangkang boleh mempunyai suara yang lebih di Dewan Undangan Negeri jika tiada pertembungan sesama sendiri. sebelum pilihanraya beliau menyeru laungan 1215 (one to one fight, 1 lawan 1) Beliau melahirkan kekecewaan melihat keputusan pilihanraya tersebut tidak menepati ramalan bahawa Barisan Nasional akan tumbang di Sabah hanya kerana TIDAK BERSATU. 



Senario perdebatan mula diwar-warkan di Media sosial, rakyat saling menuding dan menyalahkan Parti-parti seperti PKR, DAP, SAPP dan STAR kerana gagal menjalin kerjasama walaupun pada awalnya terdapat kemungkinan penyatuan itu sebelum pilihanraya akan berlaku. Beberapa siri perbincangan melibatkan semua parti ini memang sudah berjalan, akan tetapi akhirnya menemui jalan buntu apabila Pakatan Rakyat bertegas dengan pendirian mereka dan hanya memberikan 10% kerusi kepada parti tempatan Sabah. Ini menimbulkan perasaan kurang senang kerana perjuangan parti tempatan sejak awalnya ialah ke arah sebuah kerajaan ber”autonomi” yang menolak campur tangan parti semenanjung secara total. Pakatan Rakyat menggunakan istilah “Parti Nasional” dan “parti tempatan tiada keupayaan”. Malah Pakatan Rakyat di Sabah ketika itu ada yang berkata “Takut ada yang jadi katak”. Ucapan ini ditujukan kepada calun pembangkang mewakili Parti Tempatan seperti SAPP dan STAR.

Monday, December 26, 2016

Berhenti bercakap besar tentang Lebuhraya Pan Borneo, ianya tidak pernah siap dan 35 Tahun lewat - Dr. Jeffrey




"Rakyat Sabah sedang ditipu dan dikelirukan setiap hari oleh PM dan CM Sabah berkaitan pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo. Ia adalah tidak lebih daripada gimik pilihan raya dan tiupan trompet di lebuh raya yang pembinaannya sudah 35 tahun terlewat " Kata Datuk Dr Jeffrey Kitingan, ADUN Bingkor, sebagai maklum balas kepada retorik Lebuhraya berkenaan selepas PM Najib melancarkan short Lahad Datu strech pada hari Isnin lepas.

"Apa yang ada untuk dicanang dan bercakap gah tentang Lebuhraya Pan-Borneo apabila ianya sepatutnya telah dibina dari tahun 1980-an, disebalik janji-janji besar yang dibuat pada tahun 1962 dan 1963 untuk membangunkan Sabah yang mendorong Sabah supaya bersetuju untuk melepaskan 60% daripada hasil cukai untuk menampung kos pembangunan dan keselamatan? "tanya Dr. Jeffrey.