Thursday, December 29, 2016

SAHAM AMANAH SABAH - SALAH SIAPA?

 SAHAM AMANAH SABAH? SIAPA YANG SALAH? Saya merasa agak hairan kini isu SAS kembali ditaburkan, kononnya Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee yang merupakan Ketua Menteri 1996-1998 merupakan individu yang patut di pertanggungjawabkan terhadap kerugian shareholder. Walhal perkara ini sudah dijawap berulang kali dan SAPP telah meminta agar kertas putih dikeluarkan di Dewan Undangan Negeri bagi menjelaskan kekeruhan sebenar. Agar dokumen-dokumen berkenaan dapat menjadi tatapan umum. Bagaimanapun cubaan demi cubaan membawa usul tersebut dipandang sepi oleh DUN Sabah. 

Maka berikut adalah jawapan yang disiarkan di media tempatan daripada Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dan juga daripada Ketua Penerangan SAPP En. Chong Pit Fah yang memberikan jawapan terhadap isu ini sebagai respon kepada Tan Sri Harris Salleh mengeluarkan kenyataan pada  2015. 

 Yong nafi dakwaan Harris mengenai tanah, saham

KOTA KINABALU, Julai 26, 2015: Bekas Ketua Menteri Datuk Seri Yong Teck Lee menafikan beliau merampas tanah yang disimpan untuk rakyat Sabah dan memansuhkan saham Yayasan seperti didakwa oleh seorang lagi bekas Ketua Menteri, Tan Sri Harris Salleh.

“Ia tanda seorang yang bingung untuk mengatakan bahawa saya, melalui tindakan saya (Yong) yang merampas lebih 900.000 ekar (tanah) untuk rakyat Sabah dan pemansuhan lebih 400,000 sijil saham Yayasan,” kata Yong yang juga presiden Parti Maju Sabah (SAPP).

Wednesday, December 28, 2016

Parti menyatukan Rakyat, Rakyat mau parti-parti bersatu demi mereka


SUDAHKAH ANDA BERSEDIA HADAPI PILIHANRAYA? ADAKAH PARTI PEMBANGKANG SABAH BOLEH BERSATU SEPERTI PERMINTAAN RAKYAT? ADAKAH BENAR RAMALAN Pilihanraya dijangka pada tahun 2017, terdapat tanda-tanda Pilihanraya DUN Sabah akan diadakan terlebih dahulu sebelum Parlimen. Jika ini berlaku, maka ianya merupakan test ground bukan sahaja bagi BN dan UMNO tetapi juga kepada percaturan Pembangkang di Sabah.

Umum mengetahui 3 parti baru saja diluluskan oleh ROS dan 2 daripadanya di Sabah iaitu Warisan pimpinan Shafie dan Harapan pimpinan Lajim. Sementara Parti Peribumi atau Bersatu dipimpin oleh Tun Mahathir dan Muhyidin. 2 parti ini mempunyai ciri yang sama, serpihan daripada UMNO. kecuali Harapan yang terbias sedikit kerana Lajim sebelum ini menyertai PKR setelah keluar daripada UMNO.

Begitupun di Sabah, perebutan kerusi bertanding nampaknya sudah menjadi suatu kebiasaan dalam suasana politik sejak zaman berzaman. Pilihanraya lepas menyaksikan pertembungan sesama sendiri dikeseluruhan 60 kerusi DUN dan 25 Kawasan Parlimen menyaksikan BN kembali berkuasa walaupun terdapatnya angin tsunami politik yang cukup kuat. Keputusan berpihak kepada BN hanya kerana Borneo menyelamatkannya terutama SABAH. Ramai Pengundi menyalahkan pemimpin politik seperti Lajim, Bumburing, Jeffry Kitingan, Yong Teck Lee dan ramai lagi kerana tidak dapat menyatukan parti-parti bagi membolehkan 1 lawan 1 menentang BN. hakikat ini terpaksa diterima dengan pahit oleh semua pemimpin politik samada tempatan maupun Pakatan Rakyat.  Saya juga menerima kekalahan teruk sebagai muka baru dalam pilihanraya dan hilang deposit. Saya akui terlalu mentah dalam percaturan politik pada masa tersebut.

Monday, December 26, 2016

Berhenti bercakap besar tentang Lebuhraya Pan Borneo, ianya tidak pernah siap dan 35 Tahun lewat - Dr. Jeffrey




"Rakyat Sabah sedang ditipu dan dikelirukan setiap hari oleh PM dan CM Sabah berkaitan pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo. Ia adalah tidak lebih daripada gimik pilihan raya dan tiupan trompet di lebuh raya yang pembinaannya sudah 35 tahun terlewat " Kata Datuk Dr Jeffrey Kitingan, ADUN Bingkor, sebagai maklum balas kepada retorik Lebuhraya berkenaan selepas PM Najib melancarkan short Lahad Datu strech pada hari Isnin lepas.

"Apa yang ada untuk dicanang dan bercakap gah tentang Lebuhraya Pan-Borneo apabila ianya sepatutnya telah dibina dari tahun 1980-an, disebalik janji-janji besar yang dibuat pada tahun 1962 dan 1963 untuk membangunkan Sabah yang mendorong Sabah supaya bersetuju untuk melepaskan 60% daripada hasil cukai untuk menampung kos pembangunan dan keselamatan? "tanya Dr. Jeffrey.