Thursday, January 12, 2017

UNTUK SABAH ATAU UNTUK JAWATAN?


APA YANG DIKEJAR? ADAKAH MAU UBAH? MAU BALAS DENDAM? MAU JAWATAN? MAU PANGKAT? MAU KEDUDUKAN DAN KEISTIMEWAAN? DAN APA PULA YANG RAKYAT SABAH MAHUKAN SEBAIK TAMAT PILIHANRAYA KE-13 LALU? 


Persoalan ini tentunya masih berkumandang ditelinga kita rakyat Sabah. Akibat pertembungan sesama sendiri dikalangan Parti-parti Politik Pembangkang telah dengan mudah dipergunakan oleh Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO mempertahankan kedudukan mereka di Sabah meskipun jumlah pembangkang meningkat dari 3 orang (SAPP 2 & DAP 1) kepada 12 orang (Star 1, DAP 4 dan PKR 7). Tapi senarionya tetap sama, BN kembali memerintah dan kita kena menunggu lagi 5 tahun untuk melangsaikan perjuangan yang belum kunjung selesai.



Seorang pemimpin Veteren dan pejuang Suhakam Tan Sri Simon Sipaun,  berkata Pembangkang boleh mempunyai suara yang lebih di Dewan Undangan Negeri jika tiada pertembungan sesama sendiri. sebelum pilihanraya beliau menyeru laungan 1215 (one to one fight, 1 lawan 1) Beliau melahirkan kekecewaan melihat keputusan pilihanraya tersebut tidak menepati ramalan bahawa Barisan Nasional akan tumbang di Sabah hanya kerana TIDAK BERSATU. 



Senario perdebatan mula diwar-warkan di Media sosial, rakyat saling menuding dan menyalahkan Parti-parti seperti PKR, DAP, SAPP dan STAR kerana gagal menjalin kerjasama walaupun pada awalnya terdapat kemungkinan penyatuan itu sebelum pilihanraya akan berlaku. Beberapa siri perbincangan melibatkan semua parti ini memang sudah berjalan, akan tetapi akhirnya menemui jalan buntu apabila Pakatan Rakyat bertegas dengan pendirian mereka dan hanya memberikan 10% kerusi kepada parti tempatan Sabah. Ini menimbulkan perasaan kurang senang kerana perjuangan parti tempatan sejak awalnya ialah ke arah sebuah kerajaan ber”autonomi” yang menolak campur tangan parti semenanjung secara total. Pakatan Rakyat menggunakan istilah “Parti Nasional” dan “parti tempatan tiada keupayaan”. Malah Pakatan Rakyat di Sabah ketika itu ada yang berkata “Takut ada yang jadi katak”. Ucapan ini ditujukan kepada calun pembangkang mewakili Parti Tempatan seperti SAPP dan STAR.



Hakikatnya, sehingga kini kedudukan kerusi Pembangkang mewakili Pakatan Harapan makin berkurangan. Ini didahului dengan tindakan 2 wakil rakyat PKR sendiri bagi Matunggung dan Kadamaian yang merujuk kepada Barisan Nasional dalam satu majlis di Kuala Lumpur, dan menjadi ADUN BEBAS BN FRIENDLY atau menyokong kerajaan. Lantas memberikan tamparan hebat kepada Pakatan Rakyat yang begitu lantang bersuara kononya wakil pembangkang akan melompat.Dimanakah kredebiliti PKR dan DAP yang sebelumnya melakukan semboyan kononnya Wakil Rakyat mereka menandatangani aku janji dan sejumlah bayaran penalti akan dituntut kepada wakil rakyat mereka sekiranya mereka mengambil tindakan melompat. Ada menyebut 5 juta sebagai angka tersebut. Begitupun, perkara ini tidak kelihatan, manakah surat aku janji tersebut? Adakah kita mahu lagi sebuah sandiwara?


cuba kita lihat undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Sabah. dan kita lihat jadual-jadual didalam undang2 tersebut. Nyata sekali, sekalipun parti PH mempunyai kerusi yang mencukupi, mereka akan gagal membentuk kerajaan kerana mereka bukanlah gabungan berdaftar, malah ketua mereka berada di Semenanjung. kemungkinan fakta ini boleh dipertikaikan, bagaimanapun, adakah kita rakyat Sabah mahu terkontang-kanting tanpa haluan apabila Krisis Perlembagaan berlaku kelak sehingga membawa kes ke Mahkamah? bukankah itu hanya merugikan masa kita untuk memberi kepercayaan ibarat ianya sebuah satira kehidupan yang bakal terus ditelan meskipun pahit?



Tambah perit lagi apabila pergeseran dalaman di dalam DAP, perebutan jawatan dalam parti mereka mendorong kepada melompatnya wakil rakyat LUYANG. Dalam satu kenyataan Setiausaha DAP Sabah Junz Wong mahukan Hiew King Cheu agar meletak jawatan sebagai ADUN kerana kerusi itu milik DAP. Hiew telah diberi kepercayaan oleh pengundi Luyang dan menafikan sokongan kepada wakil terdahulu daripada SAPP Melanie Chia yang banyak melakukan kerja kemasyarakatan dan mudah didekati di Luyang,
malah seringkali setiap tahun tidak pernah lupa menganjurkan sambutan Tahun Baru China dan menyemarakkan kemeriahan di Luyang. Malangnya pengundi memberikan kepercayaan kepada DAP yang menyangka DAP merupakan pilihan terbaik ketika itu, apatah lagi berita melalui media sosial begitu pantas mengatakan SAPP adalah ejen pemecah undi untuk BN dan menerima 50 juta. Walhal ianya merupakan satu fitnah yang telah merosakkan kepercayaan pengundi, sungguh licik permainan mereka yang tidak jujur. 


Sekalipun disarankan oleh Junz Wong setiausaha DAP ketika itu, Hiew tidak berbuat demikian dan kini beliau menyertai MCA sebuah lagi Parti berasaskan suku kaum di Malaya.



Rakyat mula tertanya-tanya keikhlasan pemimpin dari Pakatan Rakyat, samada hanya untuk memenangi kerusi dan menjadi wakil rakyat, memperolehi keistimewaan dan kekebalan di DUN, serta kedudukan istimewa pada masyarakat dengan gelaran YB? Ini jelas bertentangan dengan ikrar perjuangan mereka sendiri dalam kempen pilihanraya ke-13 tersebut. Rakyat telah tertipu, pengundi telah salah membuat pilihan.



Sayugia, peristiwa ini tidak berakhir setakat itu, politik di Sabah dan Malaya bergolak lagi dengan penggantungan Muhyidin dan Shafie Apdal daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Naib Presiden UMNO. Muhyidin yang berpengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan sebagai Menteri Besar Johor dan Menteri dipelbagai Kementerian sehinggalah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri akhirnya menubuhkan sebuah parti PBBM bersama Tun Mahathir. Manakala Shafie Apdal pula merupakan Menteri selama 30 tahun dalam pentadbiran UMNO menubuhkan Parti Warisan.



Sekali lagi Pakatan Rakyat ditimpa kemurungan apabila Darrel Iking satu-satunya ahli parlimen PKR pula bertindak meninggalkan PKR dan menyertai Shafie. Jaujan Sambakung ADUN Sulabayan UMNO juga bertindak meninggalkan UMNO dan menyertai Shafie Apdal. Dalam konteks apapun ianya masih digelar melompat katak.



Tidak seperti Wilfred Bumburing (UPKO-PCS), Yong Teck Lee (PBS-SAPP) dan Dr Jeffery (PKR-STAR), Shafie Apdal (UMNO-WARISAN) dan Lajim Ukin (PKR-HARAPAN), kedudukan mereka berbeza hari ini kerana mereka keluar dari satu parti dan MENUBUHKAN satu parti lain ataupun dalam kes Wilfred Bumburing berpindah ke satu parti untuk MEMIMPINNYA SEBAGAI PRESIDEN. Ini bukan tindakan melompat dalam mana-mana istilah yang disebutkan.



Musim hujan mungkin menyebabkan lompatan demi lompatan mula berlaku, orang-orang seperti Terence Siambun (PKR Moyog) turut melakukan lompatan dari PKR ke Warisan. Menyebabkan kedudukan PKR semakin lemah, kerana terdahulu Datuk Lajim meninggalkan PKR untuk menubuhkan parti baru iaitu HARAPAN. 



Ini diikuti pula oleh Junz Wong (DAP Likas) juga melakukan lompatan yang sama. Rakyat terus tertanya-tanya apakah Junz Wong akan mengosongkan kerusi kerana dia dengan lantang sebagai Setiausaha DAP Sabah telah meminta Hiew King Cheu meletak jawatan sebagai ADUN LUYANG sebelum ini. 


Ternyata Junz Wong tidak berbuat demikian walaupun disarankan secara keras oleh pemimpin DAP Stephen Wong (Parlimen Sandakan), Chan (ADUN Sri Tanjung) dan Jimmy Wong (Parlimen Kota Kinabalu). Sebagai pemimpin berwibawa dan berani serta muda dan lasak seperti Junz Wong, adalah sepatutnya melakukan tindakan meletak jawatan seperti dia sendiri pernah memintanya kepada orang lain. 


Sikap Hipokrit ini akan terus diingati oleh pengundi di Likas atau dimana-manapun kawasan yang akan ditandinginya kelak memandangkan reputasi sebelum ini membuat tuduhan liar dan fitnah terhadap Datuk Yong Teck Lee (SAPP) semasa kempen pilihanraya ke13. 



Hipokrasi ini nampaknya akan terus menjadi-jadi. Kini kenyataan akhbar oleh pemimpin Warisan nampaknya menjadi kemarahan dikalangan netizen dan rakyat Sabah. Apa yang mereka impikan sebuah penubuhan kerajaan berautonomi seperti telur dihujung tanduk dan sebiji buah diranting kecil di hujung pokok yang sukar hendak dicapai. Buah yang ranum ini tidak akan dapat dinikmati, malah ianya akan menjadi terlalu masak sehingga jatuh sendiri ke tanah dan berulat.



Apakah senario ini akan berakhir secepatnya, ibarat mimpi buruk yang dialami dalam tidur yang tentunya tidaklah lena seperti kebiasaan.

Sementara GABUNGAN SABAH semakin memantapkan pergerakannya dengan penyertaan Harapan pimpinan Lajim menjadi anggota Gabungan Sabah kepada 4 buah parti iaitu SAPP, PCS, STAR DAN HARAPAN.



Samada Warisan akan melakukan tindakan bijak untuk bekerjasama sebagai GABUNGAN SABAH + WARISAN atau WARISAN + GABUNGAN SABAH atau menyertai dan mengetuai GABUNGAN SABAH, adalah persoalan yang bakal terus ditanyakan oleh rakyat sehinggalah ke hari penamaan calun kelak.



Kita harus mengimbas keadaan politik di Sabah sejak pra kemerdekaan sehingga ke hari ini.



Pilihan Raya pertama di Sabah telah diadakan pada 16 Disember 1962 di bawah Local Government Elections Ordinance untuk 118 ward di pihak berkuasa tempatan. Setiausaha Kolonial bagi Kerajaan Tempatan selaku Penguasa Pilihan Raya bertanggungjawab menjalankan Pilihan Raya tersebut. Persempadanan ward telah dibuat dan Pegawai-pegawai Daerah telah dilantik sebagai pendaftar pemilih bagi setiap daerah berkenaan. Daftar pemilih telah disediakan dan dianggarkan sebanyak 60 peratus daripada mereka yang layak telah mendaftar . 


Kempen Pilihan Raya melalui radio, media cetak serta penyebaran risalah telah dilakukan oleh kerajaan yang memerintah bagi tujuan pendidikan rakyat. Seramai 202 calon telah bertanding bagi 118 ward. Calon-calon di 53 ward telah menang tanpa bertanding. Parti Perikatan Sabah yang terdiri daripada United Sabah National Organization (USNO), Borneo Utara National Party (BUNAP) dan United National Kadazan Orgnization (UPKO) telah mencapai kemenangan dengan 86.5 peratus undi.



Bagi Dewan Undangan Negeri Sabah yang mempunyai 32 kerusi, Pilihan Raya Umum yang pertama telah diadakan pada April 1967, iaitu empat tahun selepas mencapai kemerdekaan dan menyertai penubuhan Malaysia pada 1963. Calon-calon Parti Perikatan Sabah (USNO, SCA dan UPKO) telah bertanding, tetapi selepas Pilihan Raya itu hanya USNO dan SCA menubuhkan kerajaan Sabah. Ini merupakan kerajaan Sabah yang pertama melalui proses Pilihan Raya umum secara langsung.



Penubuhan parti-parti politik di Sabah telah berkembang untuk tujuan mencapai kemerdekaan daripada pihak British. Pada tahun 1961, United Sabah National Organization (USNO) dan United National Kadazan Organization (UPKO), Borneo Utara National Party (BUNAP), gabungan United Party dan Democratic Party, Parti United Pasok Momogun dan Sabah Indian Congress telah bekerjasama dalam Parti Perikatan Sabah dan bertanding dalam Pilihan Raya Kerajaan Tempatan. Walau bagaimana pun, perselisihan faham sesama mereka berlaku selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963.



Meskipun Parti Perikatan mencapai kemenangan dalam Pilihan Raya Umum yang pertama pada April 1967, namun kerana pergeseran di antara mereka , USNO dan SCA sahaja dapat membentuk kerajaan. Selepas itu ramai Ahli Dewan Undangan Negeri UPKO berpindah menyertai USNO, maka akhirnya UPKO membubarkan dirinya. USNO dan SCA terus bekerjasama dan memerintah Kerajaan Negeri sehingga muncul Parti Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA) pada 1975. Parti Berjaya telah memenangi Pilihan Raya Umum 1976 dengan menewaskan Parti Perikatan Sabah. Selepas itu beberapa parti baru telah muncul termasuk Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 1985. 


Kemasukan UMNO ke Sabah merupakan perkembangan terbaru dalam era politik Sabah ketika itu. Dengan kemasukan UMNO ke Sabah, parti USNO telah dibubarkan. Hari ini cubaan menghidupkan USNO masih gagal apabila perjalanan politik parti USNO baru juga dihujani berbagai cabaran. Ramai kalangan pencinta USNO berpindah ke parti lain sejak akhir-akhir ini.



Jangan kita lupakan, UMNO telah menguasai 50% kerusi DUN dan dijangka dengan pertambahan kerusi daripada 60 ke 73 kerusi DUN, bakal melihatkan UMNO meletakkan calun pada angka 55% iaitu melebihi separuh dan menjadi dominan.




Sekiranya pembangkang Sabah gagal berpakat dan bergabung serta bekerja bersama, keputusannya dijangka akan berpihak semula kepada Barisan Nasional. Warisan juga bakal menerima nasib serupa dengan pembangkang lain hanya berkesempatan memenangi beberapa kerusi. Dan kemungkinan jumlah 12 kerusi terdahulu hanyalah bertambah sekitar 15-20 kerusi yang mana jauh dari sasaran menukar atau mengubah kerajaan sedia ada. Semua perancangan, titik peluh, duit yang muntah dari perjalanan politik akan menjadi sia-sia dan nasib rakyat akan bertambah kalut, buruk tanpa pembelaan. 

Apakah kita harus memperjudikan nasib rakyat dengan kos sara hidup makin meningkat, infrastruktur yang teruk seperti yang saya tulis di Blog saya seminggu lalu, malah GST dan kenaikan harga barangan yang tidak akan dapat dibendung, bertentangan dengan slogan kerajaan "Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan" sebaliknya ia menjadi omongan kosong ibarat menadah air di tangki biru yang berlubang. Malah orang muda hari ini berkata slogan itu sepatutnya berbunyi "Pemimpin BN didahulukan, Pencapaian Kekayaan diutamakan"! mana perginya RAKYAT!


ADAKAH TUJUAN DAN MATLAMAT KITA DAH BERTUKAR, ADAKAH UNTUK PANGKAT DAN JAWATAN?



Bukankah tujuan kita mahu mengubah nasib rakyat Sabah, mengembalikan status Sabah sebagai sebuah Negara berdaulat selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 dan berasaskan perkara 20

Membasmi dan mencegah lebih banyak pengeluaran MYKAD palsu dengan pelaksanaan SABAH IC atau apa juga istilah yang mahu digunakan bagi membezakan ANAK NEGERI SABAH yang asli dengan Pendatang Tanpa Izin yang memperolehi MYKAD secara haram atau Projek IC? 

Mengambil semula hasil nyata percukaian di Sabah yang dipungut secara haram oleh Federal, mengambil semula hasil minyak dan gas asli yang dirompak oleh Federal? 

Membangunan sistem pendidikan sendiri seperti asalnya? Membangunkan pra-sarana dan infra yang amat teruk di Sabah terutama luar Bandar? 

Bukan inikah matlamat kita? Jadi kita sama fikirkannya!

UNTUK SABAH ATAU UNTUK JAWATAN?



TJ JAMAIN, KOTA KINABALU (12 JAN 2017)

No comments:

Post a Comment