APA YANG DIKEJAR? ADAKAH MAU UBAH? MAU BALAS DENDAM? MAU JAWATAN? MAU PANGKAT? MAU KEDUDUKAN DAN KEISTIMEWAAN? DAN APA PULA YANG RAKYAT SABAH MAHUKAN SEBAIK
TAMAT PILIHANRAYA KE-13 LALU?
Persoalan ini tentunya masih
berkumandang ditelinga kita rakyat Sabah. Akibat pertembungan sesama sendiri
dikalangan Parti-parti Politik Pembangkang telah dengan mudah dipergunakan oleh
Barisan Nasional yang diketuai oleh UMNO mempertahankan kedudukan mereka di
Sabah meskipun jumlah pembangkang meningkat dari 3 orang (SAPP 2 & DAP 1)
kepada 12 orang (Star 1, DAP 4 dan PKR 7). Tapi senarionya tetap sama, BN kembali memerintah dan kita kena menunggu lagi 5 tahun untuk melangsaikan perjuangan yang belum kunjung selesai.
Seorang pemimpin Veteren dan pejuang
Suhakam Tan Sri Simon Sipaun, berkata Pembangkang boleh mempunyai suara yang lebih di Dewan Undangan
Negeri jika tiada pertembungan sesama sendiri. sebelum pilihanraya beliau menyeru laungan 1215 (one to one fight, 1 lawan 1) Beliau melahirkan kekecewaan melihat
keputusan pilihanraya tersebut tidak menepati ramalan bahawa Barisan Nasional
akan tumbang di Sabah hanya kerana TIDAK BERSATU.
Senario perdebatan mula diwar-warkan
di Media sosial, rakyat saling menuding dan menyalahkan Parti-parti seperti
PKR, DAP, SAPP dan STAR kerana gagal menjalin kerjasama walaupun pada awalnya
terdapat kemungkinan penyatuan itu sebelum pilihanraya akan berlaku. Beberapa
siri perbincangan melibatkan semua parti ini memang sudah berjalan, akan tetapi
akhirnya menemui jalan buntu apabila Pakatan Rakyat bertegas dengan pendirian
mereka dan hanya memberikan 10% kerusi kepada parti tempatan Sabah. Ini
menimbulkan perasaan kurang senang kerana perjuangan parti tempatan sejak
awalnya ialah ke arah sebuah kerajaan ber”autonomi” yang menolak campur tangan
parti semenanjung secara total. Pakatan Rakyat menggunakan istilah “Parti
Nasional” dan “parti tempatan tiada keupayaan”. Malah Pakatan Rakyat di Sabah
ketika itu ada yang berkata “Takut ada yang jadi katak”. Ucapan ini ditujukan
kepada calun pembangkang mewakili Parti Tempatan seperti SAPP dan STAR.
















