Saturday, December 24, 2016

EVO CAMP

LAWATAN KE MUZIUM SABAH PADA 17 DIS 2016

DSP YONG TECK LEE DAN FAKULTI KEM EVO YANG PERTAMA JUN 2015
EVO CAMP yang menutup tirainya pada 18hb Disember lepas merupakan inisiatif Parti Maju Sabah (SAPP) setelah menyedari banyak fakta sejarah Sabah masih terlalu jauh untuk digapai oleh anak-anak Sabah.  

MEDIATOR MEMBERIKAN PERANGAN DI WAR MEMORIAL
ARKIB NEGERI SABAH MENYIMPAN BANYAK KHAZANAH
Team Pergerakan Pemuda SAPP akhirnya menubuhkan Jawatankuasa bertindak yang dipanggil AKADEMI EVO yang ditugaskan untuk merangka jadual dan perjalanan Kem bersesuaian dengan tempoh masa hanya 3 hari bagi setiap Kem. Setakat ini 7 Kem Evo telah dilaksanakan, 5 kem tahun lalu (2015) termasuk Kem Kepimpinan Evo di Keningau dan 2 bagi tahun 2016 dimana salah satu diadakan di Kundasang pada 2-4 Dis, 2016 dan terakhir di Kota Kinabalu 16-18 Dis 2016.

UPACARA MENERIMA KADET 5/6/15
DSP YONG BERSALAMAN DENGAN KADET 5/6/2015


Idea Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee ini diterjemahkan dengan kejayaan EVO Camp pertama pada 5hb Jun hingga 7hb Jun 2015 dimana tarikh itu begitu dikenang bersamaan dengan 2 peristiwa penting yang menyayat hati. pada 5 Jun ketika pembukaan Kem, telah berlaku gempa bumi dan mengorbankan banyak nyawa pendaki Gunung Kinabalu. dan Kedua Double Six pada tarikh keesokannya.




Friday, December 23, 2016

SAPP DAN HARAPAN ULANGI GESAAN AGAR PARTI SEMENANJUNG TIDAK BERTANDING DI SABAH

KOTA KINABALU: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP). Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, mengulangi gesaan bahawa parti yang berpusat di Semenanjung yang mahu bertanding di Sabah akan bertentangan dengan ikrar mereka untuk memastikan autonomi Sabah selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

"Prinsip asas adalah bahawa parti Malaya bertanding di Malaya; Parti Tempatan Sabah bertanding di Sabah. Ini adalah prinsip MA63 mana parti-parti yang berpangkalan di Malaya kini mengatakan mereka akan menghormati. Tetapi jika parti-parti Malaya mahu bertanding di Sabah, ini akan bertentangan dengan ikrar mereka untuk memastikan autonomi Sabah di bawah MA63."

"Jadi, jika parti-parti Malaya mahu bertanding di Sabah, mereka perlu memberi kuasa kepada para pemimpin mereka untuk memulakan perbincangan dengan pihak Sabah."

15 TERAS PERJUANGAN GABUNGAN SABAH

15 TERAS PERJUANGAN UNTUK SABAH YANG LEBIH BAIK. Diumumkan pada 20hb November, 2016 semasa PELANCARAN PIAGAM GABUNGAN SABAH di Dewan Hakka, Kota Kinabalu.

Wednesday, December 21, 2016

SLOGAN SABAHANS FOR SABAH BUKAN MILIK WARISAN

Bahawa ISMAILY BONGSU dari WARISAN mendakwa, merekalah yang mula-mula menggunakan slogan "SABAHANS FOR SABAH". Ianya suatu penipuan fakta dan adalah SANGAT TIDAK TEPAT dan cuba mendabik dada. Sebenarnya Slogan itu mula dikumandangkan oleh Gabungan Sabah dan NGO-NGO pro Gabungan Sabah seperti Mosik, GenY, Sorak Sabah, SSU (UK) dan banyak lagi. Maka saya perbetulkan kenyataan itu untuk tatapan anda berasaskan fakta sebenar.

PHOTO 1 - SEHELAI KAIN RENTANG YANG DILIPAT BERBENTUK SEGI EMPAT TEPAT
Sabah For Sabahans sebenarnya sudah direntang awal setahun di Black Sunday 2.0 @ Gaya Street 9/8/2015, KAIN RENTANG ini telah cuba dirampas oleh Pihak Polis pada waktu tersebut, bagaimanapun mereka tidak berjaya apabila anggota Sorak Sabah berjaya menyelamatkannya sehingga salah seorang EXCO Pemuda mengalami kecederaan dalam cubaan pihak polis merampasnya.

Black Sunday 2.0 juga buat pertama kali mempromosikan semula bendera kemerdekaan Sabah 1963 dimana ramai kalangan masyarakat sendiri yang terkejut dan baru mendapat tahu Bendera itu adalah bendera kemerdekaan menggantikan Union Jack pada tanggal 16 Sept, 1963 dan turut menjadi alas "watikah terima jawatan" oleh TYT Tun Datu Mustapha sebagai TYT yang pertama dan Tun Donald Stephen sebagai Ketua menteri yang Pertama. di Kain rentang tersebut sebenarnya pada bahagian sebelah kiri bawah memang sengaja dikosongkan untuk kegunaan dimasa depan.

Setelah setahun lamanya, Pergerakan Pemuda SAPP membawa kain rentang itu semula dan kita merancang membuat sedikit gimik bagi menghidupkan program Sabah Day 2016 di Kota Marudu. Maka kita menjemput Datuk Hj Mohamad Noor Mansoor Pengerui Gabungan, YB Datuk Wilfred Bumburing Presiden PCS, YB Datuk Dr Jeffery Kitingan Presiden STAR, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee Presiden SAPP, Datuk Kalakau Untol, Puan Jornah Mojihim (Pengerusi Penganjur) dan Puan Melanie Chia untuk melengkap beberapa huruf yang dikosongkan, kemudian kain yang dilipat itu direntang untuk tatapan yang hadir berbunyi "KEMBALIKAN HAK SABAH 1963, SABAH FOR SABAHANS dengan lakaran wajah TYT pertama dan CM Pertama.

PHOTO NO 3 DALAM KENYATAAN ISMAILY WARISAN
2 individu yang digambarkan ialah Gen Y dan ahli STAR Cik Iseul dari Keningau dan En. Ben Besinter ahli NGO SSU (UK) dari Membakut sedang memeggang kain mapla atau selendang yang bertulis "SUPPORT GABUNGAN, SABAHANS FOR SABAH" yang didakwa Ismaily sebagai bertukar slogan dan terikut-ikut dengan slogan Warisan.
Photo ini dirakamkan pada 20hb November 2016 ketika majlis PELANCARAN PIAGAM GABUNGAN SABAH di Dewan Hakka, Kota Kinabalu. Kain selendang atau skaf mapla berwarna hitam dengan perkataan Support Gabungan, SABAHANS FOR SABAH sudah dibuat oleh Pergerakan Pemuda SAPP pada 13 Sept 2015 dan mula dijual sejak tarikh 16 Sept 2015 di Keningau.
photo menunjukkan kain rentang ini mula dipakai sejak 16 Sept 2015 di Keningau. Sebenarnya 16 hari sebelum itu, bertempat di RANAU, Slogan SABAHANS FOR SABAH sudah dilakar di baju-baju GenY dan banyak NGO sejak 31 Ogos 2015.
for the record Warisan baru saja menggunakannya baru-baru ini, apakala Gabungan Sabah dan NGO Pro Sabah telah menggunakannya sudah lama dan dikala orang Warisan masih dalam UMNO dan Parti Malaya.

Ismaily mendakwa dia telah berbincang dgn Shafie untuk menggunakan slogan tersebut dan mendakwa merekalah menciptanya. sorie brother, itu kenyataan songsang.

Saya ingin menyingkap apa yang mula digunakan oleh mereka sebelum ini, mereka gunakan slogan "UNTUK SABAH KITA BANGUN, DEMI RAKYAT KITA LAWAN" itu yang sebenarnya dicipta oleh warisan atau Ismaily atau sesiapa juga di dalam warisan. seingat saya terdapat satu photo mengesahkannya ketika kami turut menghadiri perjumpaan anjuran Shafie Apdal di Membakut semasa Warisan sedang dalam proses penubuhannya. Photo bersama Jaujan ADUN Sulabayan.

maka dari itu, SLOGAN ini sebenarnya boleh digunakan oleh sesiapapun, tidak kira Parti, NGO ataupun Individu, tetapi janganlah cuba mengubah fakta yang bakal memalukan diri sendiri. sebaiknya gunakan saja tanpa mendabik dada mengaku menciptanya.

Tuesday, December 20, 2016

HARAPAN RAKYAT BAKAL JADI KELUARGA GABUNGAN SABAH

20/12/2016 (SELASA) Saya menghadiri Majlis Pelancaran Parti Harapan Rakyat Sabah pimpinan DSP Lajim Hj Ukin. Nampaknya ramai juga yg hadir dan menampakkan kelainan bila turut dihadiri Pemimpin dan ahli dari Parti SAPP, STAR dan PCS serta Datuk John OT Ghani turut hadir atas kapasiti peribadi.

Cabaran yg mereka lalui tidak ada beza dgn parti lain yg baru ditubuhkan seperti menyusun jentera diperingkat Bahagian dan berbagai lagi keperluan yg perlu dilunaskan. Kepimpinan Harapan begitu berani mengadakan perhimpunan pada hari dan waktu bekerja, pada pengamatan saya sekitar 1 ribu orang hadir dari seluruh Sabah. secara jujurnya saya hanya tertarik mendengar ucapan DSP LAJIM dan Ketua Wanita Harapan. Begitupun, kita perlu memberi pemimpin muda yang lain dimasa akan datang untuk membaiki mutu penyampaian mereka.

Dalam usia Harapan yg masih muda, banyak juga saya dengar rentetan peristiwa yg menggugat prestasi. Apatah lagi minggu lepas, parti warisan pimpinan Shafie mengadakan acara tidak jauh dari rumah DSP Lajim, suatu permainan politik yg kurang matang oleh Warisan. Apakala semua pihak dimanapun mau melihat penyatuan, Warisan pula menganjurkan perjumpaan di lokasi tidak jauh dari Kediaman DSP Lajim, umpama suatu serangan hendap di kubu kuat Harapan. Bagi saya, kita harus bersedia memahami dimanakah kita boleh mencelah dan mengelakkan dari bersikap Kurang ajar. Begitupun, ahli-ahli Parti Harapan Rakyat ramai yg saya cukup kenal, seringkali bertukar pendapat dan bicara politik, tentu sekali hubungan erat ini akan lebih kukuh lagi apabila HARAPAN menyertai keluarga GABUNGAN SABAH dalam masa terdekat.

Saya memetik ucapan DSP Yong Teck Lee, Presiden SAPP semasa Pelancaran Gabungan Sabah bulan lepas, dimana beliau telah meramalkan kerajaan yang ada hari ini bakal tumbang dan parti-parti tempatan akan menerajui kerajaan sekaligus memimpin Sabah dengan kuasa Autonomi sepenuhnya. Malah beliau menekankan pentingnya SABAH IC untuk membezakan anak negeri Sabah dengan Pendatang Asing yang memiliki mykad melalui Projek IC. Yang menariknya, Presiden HARAPAN SABAH DSP Lajim turut membangkitkan isu yang sama dan ia merupakan satu mutual understanding yang semakin kuat dijalin bagi melumpuhkan MYKAD PALSU, IC Projek serta jalan terbaik bagi Sabahans.

Begitupun masih ada lagi suara-suara sumbang akan terus kedengaran menafikan perpaduan rakyat Sabah melalui Gabungan Sabah. Usaha menyebarkan menifesto Gabungan Sabah setelah dipersetujui secara bersama kelak akan memberikan peluang dan nafas baru bagi Sabahans khususnya. syukran