Thursday, December 29, 2016

SAHAM AMANAH SABAH - SALAH SIAPA?

 SAHAM AMANAH SABAH? SIAPA YANG SALAH? Saya merasa agak hairan kini isu SAS kembali ditaburkan, kononnya Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee yang merupakan Ketua Menteri 1996-1998 merupakan individu yang patut di pertanggungjawabkan terhadap kerugian shareholder. Walhal perkara ini sudah dijawap berulang kali dan SAPP telah meminta agar kertas putih dikeluarkan di Dewan Undangan Negeri bagi menjelaskan kekeruhan sebenar. Agar dokumen-dokumen berkenaan dapat menjadi tatapan umum. Bagaimanapun cubaan demi cubaan membawa usul tersebut dipandang sepi oleh DUN Sabah. 

Maka berikut adalah jawapan yang disiarkan di media tempatan daripada Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dan juga daripada Ketua Penerangan SAPP En. Chong Pit Fah yang memberikan jawapan terhadap isu ini sebagai respon kepada Tan Sri Harris Salleh mengeluarkan kenyataan pada  2015. 

 Yong nafi dakwaan Harris mengenai tanah, saham

KOTA KINABALU, Julai 26, 2015: Bekas Ketua Menteri Datuk Seri Yong Teck Lee menafikan beliau merampas tanah yang disimpan untuk rakyat Sabah dan memansuhkan saham Yayasan seperti didakwa oleh seorang lagi bekas Ketua Menteri, Tan Sri Harris Salleh.

“Ia tanda seorang yang bingung untuk mengatakan bahawa saya, melalui tindakan saya (Yong) yang merampas lebih 900.000 ekar (tanah) untuk rakyat Sabah dan pemansuhan lebih 400,000 sijil saham Yayasan,” kata Yong yang juga presiden Parti Maju Sabah (SAPP).

Wednesday, December 28, 2016

Parti menyatukan Rakyat, Rakyat mau parti-parti bersatu demi mereka


SUDAHKAH ANDA BERSEDIA HADAPI PILIHANRAYA? ADAKAH PARTI PEMBANGKANG SABAH BOLEH BERSATU SEPERTI PERMINTAAN RAKYAT? ADAKAH BENAR RAMALAN Pilihanraya dijangka pada tahun 2017, terdapat tanda-tanda Pilihanraya DUN Sabah akan diadakan terlebih dahulu sebelum Parlimen. Jika ini berlaku, maka ianya merupakan test ground bukan sahaja bagi BN dan UMNO tetapi juga kepada percaturan Pembangkang di Sabah.

Umum mengetahui 3 parti baru saja diluluskan oleh ROS dan 2 daripadanya di Sabah iaitu Warisan pimpinan Shafie dan Harapan pimpinan Lajim. Sementara Parti Peribumi atau Bersatu dipimpin oleh Tun Mahathir dan Muhyidin. 2 parti ini mempunyai ciri yang sama, serpihan daripada UMNO. kecuali Harapan yang terbias sedikit kerana Lajim sebelum ini menyertai PKR setelah keluar daripada UMNO.

Begitupun di Sabah, perebutan kerusi bertanding nampaknya sudah menjadi suatu kebiasaan dalam suasana politik sejak zaman berzaman. Pilihanraya lepas menyaksikan pertembungan sesama sendiri dikeseluruhan 60 kerusi DUN dan 25 Kawasan Parlimen menyaksikan BN kembali berkuasa walaupun terdapatnya angin tsunami politik yang cukup kuat. Keputusan berpihak kepada BN hanya kerana Borneo menyelamatkannya terutama SABAH. Ramai Pengundi menyalahkan pemimpin politik seperti Lajim, Bumburing, Jeffry Kitingan, Yong Teck Lee dan ramai lagi kerana tidak dapat menyatukan parti-parti bagi membolehkan 1 lawan 1 menentang BN. hakikat ini terpaksa diterima dengan pahit oleh semua pemimpin politik samada tempatan maupun Pakatan Rakyat.  Saya juga menerima kekalahan teruk sebagai muka baru dalam pilihanraya dan hilang deposit. Saya akui terlalu mentah dalam percaturan politik pada masa tersebut.

Monday, December 26, 2016

Berhenti bercakap besar tentang Lebuhraya Pan Borneo, ianya tidak pernah siap dan 35 Tahun lewat - Dr. Jeffrey




"Rakyat Sabah sedang ditipu dan dikelirukan setiap hari oleh PM dan CM Sabah berkaitan pembinaan Lebuhraya Pan-Borneo. Ia adalah tidak lebih daripada gimik pilihan raya dan tiupan trompet di lebuh raya yang pembinaannya sudah 35 tahun terlewat " Kata Datuk Dr Jeffrey Kitingan, ADUN Bingkor, sebagai maklum balas kepada retorik Lebuhraya berkenaan selepas PM Najib melancarkan short Lahad Datu strech pada hari Isnin lepas.

"Apa yang ada untuk dicanang dan bercakap gah tentang Lebuhraya Pan-Borneo apabila ianya sepatutnya telah dibina dari tahun 1980-an, disebalik janji-janji besar yang dibuat pada tahun 1962 dan 1963 untuk membangunkan Sabah yang mendorong Sabah supaya bersetuju untuk melepaskan 60% daripada hasil cukai untuk menampung kos pembangunan dan keselamatan? "tanya Dr. Jeffrey.

Saturday, December 24, 2016

EVO CAMP

LAWATAN KE MUZIUM SABAH PADA 17 DIS 2016

DSP YONG TECK LEE DAN FAKULTI KEM EVO YANG PERTAMA JUN 2015
EVO CAMP yang menutup tirainya pada 18hb Disember lepas merupakan inisiatif Parti Maju Sabah (SAPP) setelah menyedari banyak fakta sejarah Sabah masih terlalu jauh untuk digapai oleh anak-anak Sabah.  

MEDIATOR MEMBERIKAN PERANGAN DI WAR MEMORIAL
ARKIB NEGERI SABAH MENYIMPAN BANYAK KHAZANAH
Team Pergerakan Pemuda SAPP akhirnya menubuhkan Jawatankuasa bertindak yang dipanggil AKADEMI EVO yang ditugaskan untuk merangka jadual dan perjalanan Kem bersesuaian dengan tempoh masa hanya 3 hari bagi setiap Kem. Setakat ini 7 Kem Evo telah dilaksanakan, 5 kem tahun lalu (2015) termasuk Kem Kepimpinan Evo di Keningau dan 2 bagi tahun 2016 dimana salah satu diadakan di Kundasang pada 2-4 Dis, 2016 dan terakhir di Kota Kinabalu 16-18 Dis 2016.

UPACARA MENERIMA KADET 5/6/15
DSP YONG BERSALAMAN DENGAN KADET 5/6/2015


Idea Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee ini diterjemahkan dengan kejayaan EVO Camp pertama pada 5hb Jun hingga 7hb Jun 2015 dimana tarikh itu begitu dikenang bersamaan dengan 2 peristiwa penting yang menyayat hati. pada 5 Jun ketika pembukaan Kem, telah berlaku gempa bumi dan mengorbankan banyak nyawa pendaki Gunung Kinabalu. dan Kedua Double Six pada tarikh keesokannya.




Friday, December 23, 2016

SAPP DAN HARAPAN ULANGI GESAAN AGAR PARTI SEMENANJUNG TIDAK BERTANDING DI SABAH

KOTA KINABALU: Presiden Parti Maju Sabah (SAPP). Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, mengulangi gesaan bahawa parti yang berpusat di Semenanjung yang mahu bertanding di Sabah akan bertentangan dengan ikrar mereka untuk memastikan autonomi Sabah selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

"Prinsip asas adalah bahawa parti Malaya bertanding di Malaya; Parti Tempatan Sabah bertanding di Sabah. Ini adalah prinsip MA63 mana parti-parti yang berpangkalan di Malaya kini mengatakan mereka akan menghormati. Tetapi jika parti-parti Malaya mahu bertanding di Sabah, ini akan bertentangan dengan ikrar mereka untuk memastikan autonomi Sabah di bawah MA63."

"Jadi, jika parti-parti Malaya mahu bertanding di Sabah, mereka perlu memberi kuasa kepada para pemimpin mereka untuk memulakan perbincangan dengan pihak Sabah."

15 TERAS PERJUANGAN GABUNGAN SABAH

15 TERAS PERJUANGAN UNTUK SABAH YANG LEBIH BAIK. Diumumkan pada 20hb November, 2016 semasa PELANCARAN PIAGAM GABUNGAN SABAH di Dewan Hakka, Kota Kinabalu.

Wednesday, December 21, 2016

SLOGAN SABAHANS FOR SABAH BUKAN MILIK WARISAN

Bahawa ISMAILY BONGSU dari WARISAN mendakwa, merekalah yang mula-mula menggunakan slogan "SABAHANS FOR SABAH". Ianya suatu penipuan fakta dan adalah SANGAT TIDAK TEPAT dan cuba mendabik dada. Sebenarnya Slogan itu mula dikumandangkan oleh Gabungan Sabah dan NGO-NGO pro Gabungan Sabah seperti Mosik, GenY, Sorak Sabah, SSU (UK) dan banyak lagi. Maka saya perbetulkan kenyataan itu untuk tatapan anda berasaskan fakta sebenar.

PHOTO 1 - SEHELAI KAIN RENTANG YANG DILIPAT BERBENTUK SEGI EMPAT TEPAT
Sabah For Sabahans sebenarnya sudah direntang awal setahun di Black Sunday 2.0 @ Gaya Street 9/8/2015, KAIN RENTANG ini telah cuba dirampas oleh Pihak Polis pada waktu tersebut, bagaimanapun mereka tidak berjaya apabila anggota Sorak Sabah berjaya menyelamatkannya sehingga salah seorang EXCO Pemuda mengalami kecederaan dalam cubaan pihak polis merampasnya.

Black Sunday 2.0 juga buat pertama kali mempromosikan semula bendera kemerdekaan Sabah 1963 dimana ramai kalangan masyarakat sendiri yang terkejut dan baru mendapat tahu Bendera itu adalah bendera kemerdekaan menggantikan Union Jack pada tanggal 16 Sept, 1963 dan turut menjadi alas "watikah terima jawatan" oleh TYT Tun Datu Mustapha sebagai TYT yang pertama dan Tun Donald Stephen sebagai Ketua menteri yang Pertama. di Kain rentang tersebut sebenarnya pada bahagian sebelah kiri bawah memang sengaja dikosongkan untuk kegunaan dimasa depan.

Setelah setahun lamanya, Pergerakan Pemuda SAPP membawa kain rentang itu semula dan kita merancang membuat sedikit gimik bagi menghidupkan program Sabah Day 2016 di Kota Marudu. Maka kita menjemput Datuk Hj Mohamad Noor Mansoor Pengerui Gabungan, YB Datuk Wilfred Bumburing Presiden PCS, YB Datuk Dr Jeffery Kitingan Presiden STAR, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee Presiden SAPP, Datuk Kalakau Untol, Puan Jornah Mojihim (Pengerusi Penganjur) dan Puan Melanie Chia untuk melengkap beberapa huruf yang dikosongkan, kemudian kain yang dilipat itu direntang untuk tatapan yang hadir berbunyi "KEMBALIKAN HAK SABAH 1963, SABAH FOR SABAHANS dengan lakaran wajah TYT pertama dan CM Pertama.

PHOTO NO 3 DALAM KENYATAAN ISMAILY WARISAN
2 individu yang digambarkan ialah Gen Y dan ahli STAR Cik Iseul dari Keningau dan En. Ben Besinter ahli NGO SSU (UK) dari Membakut sedang memeggang kain mapla atau selendang yang bertulis "SUPPORT GABUNGAN, SABAHANS FOR SABAH" yang didakwa Ismaily sebagai bertukar slogan dan terikut-ikut dengan slogan Warisan.
Photo ini dirakamkan pada 20hb November 2016 ketika majlis PELANCARAN PIAGAM GABUNGAN SABAH di Dewan Hakka, Kota Kinabalu. Kain selendang atau skaf mapla berwarna hitam dengan perkataan Support Gabungan, SABAHANS FOR SABAH sudah dibuat oleh Pergerakan Pemuda SAPP pada 13 Sept 2015 dan mula dijual sejak tarikh 16 Sept 2015 di Keningau.
photo menunjukkan kain rentang ini mula dipakai sejak 16 Sept 2015 di Keningau. Sebenarnya 16 hari sebelum itu, bertempat di RANAU, Slogan SABAHANS FOR SABAH sudah dilakar di baju-baju GenY dan banyak NGO sejak 31 Ogos 2015.
for the record Warisan baru saja menggunakannya baru-baru ini, apakala Gabungan Sabah dan NGO Pro Sabah telah menggunakannya sudah lama dan dikala orang Warisan masih dalam UMNO dan Parti Malaya.

Ismaily mendakwa dia telah berbincang dgn Shafie untuk menggunakan slogan tersebut dan mendakwa merekalah menciptanya. sorie brother, itu kenyataan songsang.

Saya ingin menyingkap apa yang mula digunakan oleh mereka sebelum ini, mereka gunakan slogan "UNTUK SABAH KITA BANGUN, DEMI RAKYAT KITA LAWAN" itu yang sebenarnya dicipta oleh warisan atau Ismaily atau sesiapa juga di dalam warisan. seingat saya terdapat satu photo mengesahkannya ketika kami turut menghadiri perjumpaan anjuran Shafie Apdal di Membakut semasa Warisan sedang dalam proses penubuhannya. Photo bersama Jaujan ADUN Sulabayan.

maka dari itu, SLOGAN ini sebenarnya boleh digunakan oleh sesiapapun, tidak kira Parti, NGO ataupun Individu, tetapi janganlah cuba mengubah fakta yang bakal memalukan diri sendiri. sebaiknya gunakan saja tanpa mendabik dada mengaku menciptanya.

Tuesday, December 20, 2016

HARAPAN RAKYAT BAKAL JADI KELUARGA GABUNGAN SABAH

20/12/2016 (SELASA) Saya menghadiri Majlis Pelancaran Parti Harapan Rakyat Sabah pimpinan DSP Lajim Hj Ukin. Nampaknya ramai juga yg hadir dan menampakkan kelainan bila turut dihadiri Pemimpin dan ahli dari Parti SAPP, STAR dan PCS serta Datuk John OT Ghani turut hadir atas kapasiti peribadi.

Cabaran yg mereka lalui tidak ada beza dgn parti lain yg baru ditubuhkan seperti menyusun jentera diperingkat Bahagian dan berbagai lagi keperluan yg perlu dilunaskan. Kepimpinan Harapan begitu berani mengadakan perhimpunan pada hari dan waktu bekerja, pada pengamatan saya sekitar 1 ribu orang hadir dari seluruh Sabah. secara jujurnya saya hanya tertarik mendengar ucapan DSP LAJIM dan Ketua Wanita Harapan. Begitupun, kita perlu memberi pemimpin muda yang lain dimasa akan datang untuk membaiki mutu penyampaian mereka.

Dalam usia Harapan yg masih muda, banyak juga saya dengar rentetan peristiwa yg menggugat prestasi. Apatah lagi minggu lepas, parti warisan pimpinan Shafie mengadakan acara tidak jauh dari rumah DSP Lajim, suatu permainan politik yg kurang matang oleh Warisan. Apakala semua pihak dimanapun mau melihat penyatuan, Warisan pula menganjurkan perjumpaan di lokasi tidak jauh dari Kediaman DSP Lajim, umpama suatu serangan hendap di kubu kuat Harapan. Bagi saya, kita harus bersedia memahami dimanakah kita boleh mencelah dan mengelakkan dari bersikap Kurang ajar. Begitupun, ahli-ahli Parti Harapan Rakyat ramai yg saya cukup kenal, seringkali bertukar pendapat dan bicara politik, tentu sekali hubungan erat ini akan lebih kukuh lagi apabila HARAPAN menyertai keluarga GABUNGAN SABAH dalam masa terdekat.

Saya memetik ucapan DSP Yong Teck Lee, Presiden SAPP semasa Pelancaran Gabungan Sabah bulan lepas, dimana beliau telah meramalkan kerajaan yang ada hari ini bakal tumbang dan parti-parti tempatan akan menerajui kerajaan sekaligus memimpin Sabah dengan kuasa Autonomi sepenuhnya. Malah beliau menekankan pentingnya SABAH IC untuk membezakan anak negeri Sabah dengan Pendatang Asing yang memiliki mykad melalui Projek IC. Yang menariknya, Presiden HARAPAN SABAH DSP Lajim turut membangkitkan isu yang sama dan ia merupakan satu mutual understanding yang semakin kuat dijalin bagi melumpuhkan MYKAD PALSU, IC Projek serta jalan terbaik bagi Sabahans.

Begitupun masih ada lagi suara-suara sumbang akan terus kedengaran menafikan perpaduan rakyat Sabah melalui Gabungan Sabah. Usaha menyebarkan menifesto Gabungan Sabah setelah dipersetujui secara bersama kelak akan memberikan peluang dan nafas baru bagi Sabahans khususnya. syukran

Wednesday, December 14, 2016

Terlalu Yakin Membawa Padah Dalam Politik!

DALAM POLITIK TIDAK BOLEH TERLALU YAKIN YANG 10 BOLEH JADI KOSONG, YANG KOSONG BOLEH BENTUK KERAJAAN

Mempunyai 5 hingga 10 malah 20 YB dalam satu parti bukan perkara yang hebat,

SAPP juga sebelum PRU-13 mempunyai 4 YB, tapi akhirnya kita hilang semuanya kerana beberapa faktor seperti angin pilihanraya Malaya terlalu kuat dan fitnah yg dikumandangkan oleh DAP dan kini orang itu berada dalam Warisan. Kita jadi bahan ejekan, tapi kerana kita tau sejarah, kita tidak akan mengalah. 

Sejarah juga mengatakan Berjaya tewas di 48 kerusi dan hanya tinggal 6 pada pilihanraya 1985, dan kemudian tinggal 1 pada pilihanraya 1986, dan akhirnya parti dibubarkan.

Malah kita harus ingat PBS pernah bermula dari 0 dan kemudian menjadi kerajaan. Dan selepas itu menjadi pengkikut kerajaan dgn jumlah kerusi yg jauh dari kepunyaan asalnya. Jadi soal berapa kerusi yg dimiliki mana2 parti hari jni, bukan petanda parti itu bakal membiak, malah mungkin memerima nasib yg sama.

Kalau kita tidak tau sejarah, maka kita jadi terlalu yakin.. yakin yakin tuyu bilang kami., kerana itu kewajaran bergabung atau bekerjasama bagi menentang BN amatlah mustahak utk membina kekuatan bersama. Nak lawan gergasi yg mempunyai komponen, kita kena lawan cara yang sama. Kita tidak boleh ikut cara uMNO yg mau memonopoli.. akhirnya parti penuh dgn sampah., sekadar renungan

TJ Jamain
Ketua Pemuda  SAPP

PERTEMBUNGAN YANG MENGUNTUNGKAN BN?

PERTEMBUNGAN YANG MENGUNTUNGKAN BN?
1 vs 1, ATAU BN vs GABUNGAN vs WARISAN vs BEBAS vs PAKATAN?
Orang Sabah beransur sedar semasa pru13, tetapi kecewa bila calun parti pembangkang tempatan bertembung sesama sendiri, mengakibatkan kerusi yg pasti menjadi kelabu.

Senario ini juga menyebabkan rakyat terus mendesak. Yg terbuka fikirannya menyampaikan hasrat dan cadangan dgn nada keras menunjukkan betapa mereka mahukan penyatuan parti-parti yg terlalu banyak di Sabah. 

Malah ada yg terus mengugut akan berpihak kpd BN dan mengundi UMNO sekalipun mereka tak suka sebagai pengajaran kpd parti tempatan di pru14. 

Semua pihak menganggap diri mereka sebagai alternatif kpd Sabah. Ada parti yg membuat jelajah demi jelajah. Ada yg buat perjumpaan besar-besaran. Kita sudah menyaksikannya semasa pru13. Perjumpaan di sana-sini turut dianjur oleh PKR dan Anwar Ibrahim. Penuh panggung.

Tetapi hasilnya tetap sama. Kerajaan ini tidak mampu digoyahkan. Bukan kerana BN banyak duit sahaja.. tetapi kerana kita gagal bersatu dan pengundi kecewa.

Maka Parti-parti tempatan hari ini yg sedar masalah yg bakal dihadapi dan berusaha menghindarinya mula bersatu. 

PCS, SAPP dan STAR sudah memeterai Deklarasi dan Piagam utk bekerjasama, memastikan tiada pertembungan dan bersetuju menggunakan simbol yg sama dalam pilihanraya yg kaedahnya dna simbolnya akan diumumkan kelak.

Khabar baik juga dari HARAPAN yang menunjuk minat utk bersama di dalam Gabungan. Kerana mereka turut menyedari faktor Sabah perlukan Sabahans.. Sabahans perlukan parti sendiri.

Slogan Sabah For Sabahans, atau Sabah untuk Sabah adalah slogan menaikkan semangat oleh NGO yg kemudian ditiup oleh PBS bagi membakar semangat Sabahan. Itu kita boleh akuinya.

Setelah sekian lama slogan itu mati, senyap.. akhirnya 2010 kedengaran lagi secara kompak di PRK Batu Sapi oleh Pemuda SAPP., laungannya Sabah untuk Sabah, Autonomi menggegar dan merentap semangat BN.

Slogan itu tidak hilang lagi malah digilap penuh makna, dalam erti sebenar menuntut Persekutuan mematuhi MA63 dan 20 Point serta Laporan IGC. Kesedaran yg makin menggunung.

Maka hari ini semua berlumba mengguna slogan ini bukan satu masalah, malah pergerakan Pemuda SAPP merasa sangat berbangga dan usaha menyemarak semangat ini melihat kejayaannya.

Tapi sekadar semangat itu tidak memadai, jika pihak seperti Warisan masih keras hati dan tidak berusaha menjalankan perundingan bersama Gabungan Sabah. Apakah terlalu berhati2 itu baik, atau hanya menimbulkan persepsi berlainan., ANDA TANYA, SIAPA JAWAP?

TJ JAMAIN
Ketua Pemuda SAPP
Kk @ 11 Dis 2016

MYKAD PTI HANYA LAKU DISABAH?

MYKAD PTI HANYA LAKU DISABAH?
MYKAD BOLEH LUPUT/DI-NYAH AKTIF
SELEPAS PILIHANRAYA?
Meskipun ianya satu teori, tetapi banyak kejadian yang boleh menyokong apa yang saya dakwa ini telah berlaku. Di Sabah amat kurang kedengaran tangkapan warga asing yang memiliki MYKAD, berbanding di Malaya. Acapkali kita menonton dan membaca, tangkapan warga asing yang membeli mykad, warga asing ditangkap kerana memiliki MYKAD PALSU, dan dipenghujung pasti disebut SABAH.

Tidakkah pemimpin merasa malu? ibarat pemimpin ini tidak ada biji untuk menentang apa yang dilihat sebagai KEHANCURAN. Pembersihan orang Sabah dengan cara mengganti mereka dengan orang asing dibuat secara leluasa tanpa segan dan tanpa rasa takut.

Dimanakah undang2 ini sebenarnya, seharusnya yang tidak boleh lolos di pintu keluar menaiki pesawat dari Sabah dan masuk pula ke Malaya.. sewenang-wenangnya.

Bukankah itu petanda bahawa TEORI saya mengatakan "MYKAD PTI HANYA LAKU/VALID DI SABAH, dan di nyah aktif selepas pilihanraya, aktif semula semasa pilihanraya.

Sejauh mana pemimpin kita walau apapun partinya menyedari hakikat ini. Semakin lama, kita bakal menjadi pelarian di bumi sendiri.

Dulu, orang-orang tua kita sering berpesan, supaya kita berusaha membuka tanah, mendapatkannya, membina rumah untuk hari tua dan anak cucu, kerana nenek moyang kita beranggapan, cucu cicitnya perlukan jaminan untuk menempuhi kehidupan di masa akan datang.

Hari ini, kita selaku penerus generasi mendatang pula harus bersiap-siaga, kerana musuh generasi kita sedang berada dimana-mana, yang menjadi hak sudah semakin terlucut dari pegangan kita, Sabah yang kita kenal bakal jadi milik orang lain, jika kita tidak bertindak.

Polarisasi kaum, dan ditambah pula rencahnya dengan peningkatan PENDUDUK SABAH berbanding Sarawak.. Kuat sangatkah Kita buat anak??? Perjuangan ku tentang menentang Pemberian MYKAD kepada warga asing masih belum selesai, selagi ianya belum diselesaikan oleh kerajaan, maka selama itulah kita bakal menyaksikan orang mempunyai MYKAD yang hanya laku di Sabah terus berjalan, bersenang lenang di bumi Sabah.

Sabah siapa yang punya? jika Federal mengganggap SABAH ini MALAYSIA yang punya, mengapa tidak menyelamatkan SABAH dari angkara kemusnahan ini??? adakah Federal mau menjual SABAH kepada negara luar? Jika tidak, kenapa tiada tindakan?

Maka Teori ini nampaknya semakin tepat, tinggal saja "SIAPA DALANGNYA", RCI terus bungkam seribu bahasa, Jawatankuasa Teknikal tidak lagi kedengaran bunyinya, senyap atau disenyapkan? mana perginya kredibiliti kerajaan hari ini? Lantas kemana rakyat harus mengadu? kemana generasi kita dimasa depan?

TJ Jamain
Ketua Pemuda SAPP,
10 Dis 2016 @ KK, 5.36pm